Jenis-Jenis Tahi Telinga: Basah vs Kering dan Warna Tahi Telinga

Tahi telinga, atau juga dikenali sebagai serumen, memainkan peranan penting untuk melindungi dan mengekalkan kebersihan saluran telinga. Ia bertindak sebagai pelincir telinga dan menghalang kotoran seperti debu, bulu dan habuk daripada terkumpul di dalam telinga. Ia juga menghalang air dari memasuki telinga serta mengelakkan pertumbuhan kulat dan bakteria yang disebabkan oleh sifatnya yang berasid.
Warna dan konsistensi tahi telinga adalah berbeza bagi setiap individu. Artikel ini akan membincangkan perbezaan tahi telinga kering dan basah, perbezaan warna tahi telinga (seperti tahi telinga hitam atau kemerahan) dan tahap konsistensinya, menjawab soalan-soalan lazim berkenaan dengan topik ini dan bila anda patut risau mengenai tahi telinga anda.
Konsistensi Tahi Telinga: Beza Tahi Telinga Kering Dan Basah
Konsistensi tahi telinga adalah berbeza bergantung pada individu sama ada tahi telinga basah, kering atau berair danpenting untuk kita mengetahui perbezaannya. Menariknya, i keadaan tahi telinga yang kering atau basah pada seseorang individu adalah bergantung kepada genetik! Oleh yang demikian, di dalam artikel ini kita akan membincangkan lebih mendalam tentang jenis-jenis tahi telinga.
Tahi telinga basah
Tahi telinga basah, berserta konsistensi yang likat dan melekit, biasanya ditemui di kalangan orang Eropah dan Afrika, dan ia boleh terbentuk selepas melakukan aktiviti seperti berenang atau menyelam. Namun begitu, adalah penting untuk membezakannya dengan tahi telinga berair, yang mungkin menandakan berlakunya masalah atau kecederaan lain.
Tahi telinga kering atau berkelupas
Tahi telinga kering pula biasanya ditemui di kalangan orang Asia Tenggara dan Amerika. Tahi telinga sebegini mempunyai konsistensi yang kering dan rapuh. Tahi telinga berkelupas juga boleh menjadi petanda masalah seperti ekzema atau jangkitan telinga. Sekiranya anda mengalami kegatalan atau keradangan berserta tahi telinga berkelupas, sila rujuk doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) anda jika anda memerlukan rawatan lanjut.
Tahi telinga berair
Tahi telinga berair terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti jangkitan telinga, gegendang telinga pecah atau kolesteatoma (pertumbuhan kulit di dalam saluran telinga). Oleh itu, tahi telinga ini biasanya menunjukkan bahawa terdapat cecair atau bendalir di dalam telinga dan kadangkala disertai dengan darah atau bau yang tidak menyenangkan.
Penting untuk kita membezakan antara tahi telinga basah dan bendalir di dalam telinga. Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor ENT.
Warna Tahi Telinga
Warna tahi telinga adalah berbeza bagi individu, di mana ia biasanya mempunyai warna kuning atau jingga hingga ke warna perang cair. Jika anda melihat sebarang perubahan warna atau konsistensi tahi telinga yang berlaku secara tiba-tiba, ia mungkin disebabkan oleh masalah lain, contohnya seperti jangkitan telinga.
Berikut adalah beberapa warna tahi telinga dan maksudnya:
Tahi telinga hitam atau perang pekat
Pendedahan yang berpanjangan kepada udara dan pengoksidaan boleh menyebabkan warna tahi telinga bertukar menjadi gelap. Tahi telinga hitam atau perang pekat biasanya menunjukkan tahi telinga terkumpul di dalam telinga untuk jangka masa yang panjang.
Jika tahi telinga anda menunjukkan warna-warna seperti yang terdapat diatas, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor atau pakar ENT untuk membuangtahi telinga tersebut, bergantung kepada tahap teruk pembentukannya. Tahi telinga ini boleh menyebabkan komplikasi seterusnya seperti jangkitan telinga, tinitus atau kehilangan pendengaran.
Tahi telinga merah
Tahi telinga merah mungkin menunjukkan kehadiran darah di dalam telinga. Hal ini mungkin disebabkan oleh saluran telinga yang tercalar atau jangkitan telinga, tetapi ia juga boleh menjadi isyarat kepada masalah yang lebih serius, seperti gegendang telinga pecah. Tahi telinga berwarna merah pekat juga mungkin menandakan adanya darah kering disebabkan oleh kecederaan telinga sebelum ini.
Jika anda risau telinga anda mungkin berdarah, adalah lebih baik jika anda buat pemeriksaan dan dapatkan nasihat dari pakar ENT. Sekiranya masalah ini masih berterusan atau anda mengalami masalah keseimbangan dan pening atau kehilangan pendengaran, lakukan pemeriksaan perubatan dengan segera.
Tahi telinga hijau
Tahi telinga hijau atau kuning kehijauan biasanya menunjukkan terdapat jangkitan di bahagian luar atau tengah telinga. Tahi telinga berwarna kehijauan biasanya diikuti dengan bau yang kurang menyenangkan.
Tahi telinga kuning cair
Individu dengan kulit kering atau berkelupas dalam saluran telinga akan menghasilkan tahi telinga yang berwarna kuning cair. Antara penyebabnya adalah masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis.
Tahi telinga berwarna kuning, jingga atau perang
Tahi telinga secara normalnya akan berwarna antara kuning atau jingga hingga perang cair, dan kumpulan warna ini dianggap sebagai normal.
Soalan Lazim Tentang Tahi Telinga
Anda perlu bertemu dengan doktor ENT jika anda perasan tentang keadaan di bawah pada telinga atau tahi telinga anda:
- Berlaku perubahan pada warna atau tekstur tahi telinga anda
- Darah dalam tahi telinga
- Tahi telinga dengan bau yang kurang menyenangkan
- Keluar cecair atau bendalir dari telinga
- Kehilangan pendengaran atau telinga rasa tersumbat

Bagi Huda, audiologi merupakan bidang yang menyediakan optimisme baharu dan permulaan yang baharu kepada individu cacat pendengaran. Dengan bekerja dalam bidang ini, Huda berharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan individu cacat pendengaran dan meningkatkan kualiti hidup mereka dengan membantu mereka mendengar dengan lebih baik dan berasa lebih terhubung.
Nur Huda Saidin
Pakar Audiologi Klinikal
Jadualkan Ujian Pendengaran Percuma
Medan wajib ditandakan.
