Langkau ke kandungan utama
Hearing Partners
Jalani ujian pendengaran

Mohon ujian pendengaran

Nikmati pemeriksaan pendengaran percuma di mana-mana klinik Hearing Partners hari ini.

  • Dapatkan keputusan pada hari yang sama
  • 12 klinik di seluruh Malaysia
  • Percubaan alat bantu pendengaran selama 1 minggu
  • Penyelesaian pendengaran yang diperibadikan

Jadualkan temu janji

Medan yang wajib diisi ditandakan.

Saya bersetuju untuk dihubungi mengenai temu janji saya.

Keputusan pada hari yang sama

Anda akan menerima keputusan ujian pendengaran anda semasa temu janji. Berdasarkan keputusan ujian pendengaran anda, klinisian anda akan membincangkan keputusan tersebut bersama anda dan memberikan saranan jika bersesuaian. Jika kehilangan pendengaran dikesan, klinisian anda akan membantu anda memilih penyelesaian alat bantu pendengaran yang terbaik untuk anda dan anda mungkin sudah boleh memakai alat bantu pendengaran baharu anda dalam masa kurang seminggu (alat bantu pendengaran tempahan khas mungkin mengambil masa 2-3 minggu).

Mohon untuk mencuba sepasang alat bantu pendengaran

Jika klinisian anda menilai bahawa alat bantu pendengaran sesuai untuk anda, anda boleh mencuba alat bantu pendengaran yang disyorkan selama 7 hari tanpa sebarang obligasi untuk membeli. Model alat bantu pendengaran yang boleh anda cuba akan ditentukan oleh klinisian anda, berdasarkan keperluan pendengaran dan gaya hidup anda.

Apa yang boleh dijangka semasa ujian pendengaran anda

Anda mungkin tertanya-tanya apa yang berlaku semasa ujian pendengaran, seperti jenis ujian yang akan anda jalani dan apa yang boleh anda ketahui daripadanya. Kami mempunyai tiga jenis ujian di klinik kami, iaitu; ujian komputer AMTAS yang menggunakan perisian pendengaran khusus (15 minit), ujian saringan bersama klinisian (30 minit) dan ujian penuh bersama klinisian (60 minit).

Panduan ringkas kami di bawah akan memberikan anda panduan langkah demi langkah bagi ujian penuh tersebut.

Soalan Lazim

Di klinik Hearing Partners, pakar penjagaan pendengaran kami memastikan ketepatan ujian dengan menggunakan teknologi dan peralatan audiologi terkini.

Semua peranti audiologi dan bilik/keadaan ujian di klinik Hearing Partners ditentukur dan mematuhi garis panduan profesional bagi menjalankan ujian yang tepat dan sah.

Pakar penjagaan pendengaran kami terlatih dengan baik dan komited untuk menyediakan penjagaan pendengaran berkualiti tertinggi kepada setiap seorang pelanggan kami.

Pendengaran anda sama pentingnya seperti gigi dan mata anda, jadi kami percaya pemeriksaan pendengaran wajar dimasukkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Namun begitu, jika pada bila-bila masa anda bimbang tentang pendengaran anda, jangan tunggu pemeriksaan kesihatan anda; hubungi klinik Hearing Partners terdekat atau mohon temu janji hari ini.

Walaupun menjalani ujian pendengaran daripada pakar penjagaan pendengaran ialah satu-satunya cara untuk mengesahkan sama ada anda mengalami kehilangan pendengaran atau tidak, terdapat ujian pendengaran dalam talian yang boleh memberikan anda gambaran sama ada anda mungkin menghadapi kesukaran mendengar.

Ujian pendengaran dalam talian mungkin menggunakan bunyi latar, ujian nada dan soalan penilaian kendiri untuk memberikan anda keputusan sama ada anda mungkin menghadapi kesukaran mendengar. Klik di sini untuk menjalani ujian pendengaran dalam talian kami.

Mencari klinik pendengaran berhampiran anda ialah cara mudah untuk menguji pendengaran anda dengan cepat dan senang. Cari klinik penjagaan pendengaran berhampiran anda.

Cari klinik pendengaran terdekat anda

Tempah temu janji